Depression dengan Kesedihan adalah benda yang berbeza
Depression ini, kau boleh tiba-tiba rasa sedih yang melampau-lampau sampai kau sendiri tak boleh kawal atau pujuk diri sendiri.
Kau boleh tiba-tiba rasa nak bunuh diri tanpa kau sedar. Tiba-tiba kau da tertoreh tangan kau, atau kau da telan ubat sampai overdose.
Depression ni terjadi dalam keadaan para sedar. Kau seorang yang sentiasa cuba mendalami ilmu agama, dan sentiasa mengamalkan doa-doa dan upgrade diri untuk fahami agama pun boleh terkena depression ni..
Ni contoh yang pernah alami pada aku suatu ketika dulu. Sebelum aku kena depression ni, semasa aku solat, aku boleh sebut dalam hati setiap maksud AL-FATIHAH tu, setiap rukuk & sujud pun aku cuba amalkan maksud tu. Tapi lepas aku kena depression, aku tak boleh sebut semua yang aku selalu amalkan.. Aku cuba, tapi aku yang bertambah sakit. Aku tiba-tiba tak boleh ingat apa yang aku selalu buat, otak aku jadi blank..
Akhirnya aku decide untuk solat cara yang paling basic.. Tapi aku sering diganggu hasutan syaitan tu.😭😭 Tak bagi aku solat, tapi aku yakin setiap kesakitan yang aku alami ni, mesti ALLAH akan sembuhkan. Walaupun aku solat tak sekusyuk dahulu. Tapi aku bersyukur, ALLAH masih izinkan aku solat.. Aku dapat jumpa SANG PENCIPTA & mengadu sepuas-puasnya. Walaupun masa tu kau punya nyawa atas pagar da.. Kau memang boleh buat apa sahaja tanpa sedar😭😭😭
Sakit sangat, masa tu ALLAH je tahu apa yang aku hadap. Ibu aku, hanya mampu melihat, mendoakan & memberi kata-kata semangat. Setiap kali, badan aku terketar-ketar, merengek-rengek minta ibu aku selamatkan aku daripada aku bunuh diri.😭😭
Ibu aku, mula- mula dia pun tak faham nak guna bahasa macam mana untuk aku cool down and come back to normal.. Mula-mula ibu aku tersilap cakap, dia cakap, aku kena kuat iman, kena lawan. Ini normal sahaja.. Aku jadi triggered lagi teruk. Terus aku melenting, aku cuma boleh cakap, aku sedang kawal diri, kenapa cakap benda-benda macam ni.. benda yang boleh down kan aku.. Sampai aku, nak ambil pisau da masa tu. Tapi Alhamdulillah, ibu aku ada ilmu phsycology yang dia boleh counter aku balik.. Aku tersedar, akhirnya aku menangis, dan minta maaf dekat ibu aku, yang aku tak boleh kawal langsung keadaan tadi..
Mrs.bcc : Aku nak bagitahu jangan samakan depression dengan kesedihan. Ini dunia yang sangat berbeza. Jika kau pernah rasa, kau tahu lah betapa sakitnya rasa seorang manusia yang sedang berjuang ke jalan ALLAH, untuk tidak memilih bunuh diri😭
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~