Auch sakit, ingat aku belajar TAEKWANDO untuk masuk tournament ke?
auch, saaakiiit, uhh noooo, for the first time seumur hidup aku urut badan. Mahu mengelejat aku.
Da macam aku dok belajar taekwando😝. pergh penangan urut tu, aku menjerit panggil semua nama orang dalam rumah tu, mama abah, sebut je la, sesiapa yang ada dekat depan mata aku🙈
Hasil dari urut tu, baru aku tahu masalah yang teruk dekat bahagian badan aku.. Kaki aku, aku sejenis banyak jalan, berlari tu kegemaran aku semasa bekerja. So aku da kena start cari kasut yang lebih comfort untuk seharian bekerja aku la lepasni
Sakit lain pula, aku sejenis gemuk angin & air, patut la aku makan sikit tapi cepat gemuk.. so aku kena la banyak workout lepasni, supaya kestabilan badan aku ni boleh menampung hidup aku seterusnya. tapi... makanan adalah kesukaan aku... haizzz
Badan aku juga, tak cukup rehat sepenuhnya, sejenis aku tidur pukul 10 or 11 malam, akan terbangun pukul 3 pagi, masa ni aku da start buat kerja, dan aku akan power nap before zohor & sambung balik buat kerja sehingga la petang. Sebab da terbiasa, lepasni aku perlu memaksa diri aku untuk tidur cukup 6 jam sehari.. Doakan aku boleh tidur nyenyak senyenyak ye.. yeah tanpa ada gangguan lain..
mrs.bcc : Lagi banyak kita cuba, lagi banyak ilmu kita dapat. Jangan takut keluar zone selesa untuk dapatkan sesuatu ilmu yang baru.
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~