Tolong kesian dekat orang sensitive skin ni!!!
Tolong jangan paksa dia pakai produk anda, walaupun anda kata produk anda adalah untuk kulit sensitive ni..
Aku ni, setiap kali nak beli apa-apa produk, aku kena test dekat muka dulu. Dalam 5-10minit, aku akan tahu, aku sesuai atau tak dengan produk tu.
Selalunya, orang kulit sensitif macam aku ni, hanya pergi dekat produk high end sahaja la, sebab mereka yang welcome aku.
Contohnya, aku akan bagitahu, I wanna test this product on my face, antara dua, dia akan pakaikan dekat muka aku, & aku sembang-sembang dengan dia, & try another product, or lepas dia bagi aku pakai, aku akan cakap, aku nak sambung shopping, if ok dengan kulit aku, aku akan datang balik & beli.
Weyh kesiankan, untuk orang kulit sensitive ni, terhad dan takkan merasa macam orang lain, boleh tonyoh je dekat muka & akan kata berkesan. Aku menangis dulu, baru aku dapat y sesuai dengan aku😣😣
mrs.bcc : siapa rasa macam aku rasa?😣
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~