Nak Kahwin Sangat!!! Part 2:

By mrs.bcc - Oktober 14, 2020





oh aku tanya bakal jodoh aku sekarang ni, betul ke aku ada rasa nak kahwin sangat? since bila dia rasa aku nak kahwin sangat?


Jodoh aku cakap tahun lepas, tapi dia still ignore aku lagi, sebab dia tengok ada benda aku tak settle kan lagi dalam hidup aku. Tu yang dia relax je. (kau tengok sini, ayat kau masa single pun cakap “ala jodoh tengah relax macam aku la tu”) hambek, masa ni kau nak kahwin sangat pun, jodoh kau boleh buat relax lagi weyh.. bahana sungguh🤣🤣🤣


Tapi tahun ni, aku mesej dia balik masa tu tak silap aku bulan 2, aku mengadu lagi, aku cakap tolong lah carikan jodoh untuk aku. Aku nak kahwin sangat😭 tapi aku still minta bukan-bukan, aku still datangkan dengan kriteria yang aku nak tu.. bengong🤣🤣


Sampai bff aku ni cakap, daripada “aku cari untuk kau, baik aku cari untuk aku, aku punya pun tak lepas lagi”. Masa tu aku jawab, ok la kalau macam tu, aku suruh je la member aku carikan, dia cakap kriteria tu ada pada kenalan dia, so aku ni tunggu set appointment dating je, siap aku bagitahu bff aku, tolong doakan set dating ni yang terakhir la, untuk aku found jodoh aku. Actually aku da penat sangat da masa tu, aku da macam give up jodoh aku tak sampai-sampai..


Tapi lastly, bff aku yang confess nak kahwin dengan aku.. 🤣 OMG, aku punya la cari seluruh Malaysia ni, siap aku cakap dalam hati if x jumpa juga, kena cari kat luar negara, tapi malangnya covid19 datang membelenggu.. Membuatkan aku give up nak cari jodoh da.. Tiba-tiba bff aku datang & melamar aku🙈


Ciri-ciri yang aku nak, yang aku listkan semua ada kat dia..🤣🤣🤣 lawak ok.. 


mrs.bcc : Tolong doakan urusan jodoh kami dipermudahkan ye.. Kami masih struggle untuk kearah yang halal. Walaupun banyak dugaan yang mendatang. Harapnya dugaan yang ada ni, ringan-ringan sahaja & masih kami boleh solve to each other.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~