Miracle will happen
Aku tak tahu, fasa apa yang aku kena tempuh untuk capai impian aku ni.😭😭😭
Mungkin ini dugaan pertunangan aku juga, yang aku hampir give up untuk teruskan. Aku seolah-olah nak memilih jalan untuk hidup sendiri dan gapai impian aku dulu sebelum aku kahwin..
Tapi mama aku, ingatkan aku semua yang terjadi disebabkan ALLAH yang aturkan. Aku dan tunang aku yang tergerak hati untuk kahwin, semuanya aturan ALLAH..
Aku jatuh 2 minggu aku tak nak buat apa-apa. Aku rasa aku useless, aku tak berguna, seolah-olah aku ni sedang menghancurkan carrier aku sendiri.😭😭
Tapi hari ini, tiba-tiba aku terbaca status mentor aku dalam creative design industry. Dia pun hadapi benda yang sama. Cuba bayangkan mentor aku, da kendalikan pelbagai projek dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya tapi still ada masalah yang sama dengan aku, hampir putus asa, dan hanya tinggal harapan..
Aku percaya, semua yang terjadi dekat aku bersebab, ALLAH nak minta aku banyakkan bersabar, ALLAH nak minta aku percaya, yang planning yang aku aturkan dan diagihkan pada individu tertentu adalah orang yang betul. Tapi yang menggerakkan hati dia, melapangkam hati dia, memberi ilham dan kepakaran yang ada pada dia, adalah milik ALLAH. Jika ALLAH tak izinkan dia guna semua bakat yang dia ada, siapalah aku untuk berkata tidak berguna atau sia-sia pada aku.😭😭
Note mrs.bcc: Aku nak minta tolong anda semua doakan kejayaan aku di dunia & akhirat. Tolong doakan aku, boleh hasilkan projek ni supaya aku dapat bantu ramai orang diluar sana, especially dalam bidang kreatif ni.😭😭😭Aku nak sangat dunia tengok Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dalam menghasilkan creative design ni😭😭😭😭
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~