DEPRESSION
Business banyak fasa aku kena hadap, ada masa-masa apa yang aku buat tak menjadi. Masa tu, aku down giler. Sampai aku rasa aku tak boleh nak maafkan diri aku.
Aku rasa aku macam tak berguna, sebab semua benda aku buat tak jadi... Especially, masa tu BIG WHY aku parents aku. Aku nak sangat diorang merasa kejayaan aku.
TAPI.. aku salah, aku menghukum diri sendiri.. aku letak BIG WHY aku pula manusia.. Sehingga ALLAH izinkan aku merasa penyakit minor depression..
Kau tahu, aku sampai tahap nak bunuh diri, & nampak bapa aku je, aku jadi takut sangat-sangat dekat dia.. Setiap kali nampak bapa aku, aku akan rasa nak bunuh diri. Aku pun cepat-cepat refer hospital, bahagian MENTARI, actually Mentari ni, salah satu option untuk phsychiatric tapi yang not too hard macam hospital mental.. Mentari ni, da wujud dekat semua General Hospital (GH) in Malaysia ni.. Specialize untuk MENTAL HEALTH.
Aku dapat direct jumpa doktor, sebab on that day, aku datang-datang & menangis minta tolong dekat doktor help aku, aku da tak boleh kawal diri aku, tersilap sedikit sahaja emosi aku terganggu, aku bila-bila masa saja nak bunuh diri. Aku bersyukur, ALLAH help aku mudah untuk aku jumpa psikitri, pada hari yang sama.
Doktor terus diagnos aku, doktor diagnos punya diagnos, rupa-rupanya, aku tahap triggered.. Triggered dekat bapa aku sendiri. Doktor minta aku keluar dari rumah tu, or berjauhan dengan bapa aku sehingga aku betul-betul pulih. Sebelum aku dapat Major depression. Doktor cakap, tuhan banyak tolong you, sebab you tahu apa yang you triggered, so you boleh recover by and by.
Aku dapatkan consult dengan doktor sebanyak 3 kali.. Dari situ, aku tahu cara nak jaga diri aku, tapi dalam proses treatment aku banyak dekatkan diri aku dengan ALLAH.. Sebab aku tak boleh tidur sangat, yang aku boleh buat aku solat segala jenis sunat, solat taubat, hajat, istikarah & tahajjud.
The lastly, aku dapat jalan keluar, rupa-rupanya, aku kena tukar BIG WHY aku. Aku tukar BIG WHY aku, aku buat business ni kerana ALLAH s.w.t, dan diri aku untuk dapat redha ALLAH di dunia & akhirat..
Selepas aku, betulkan BIG WHY aku, baru aku dapat redha dari bapa aku😭😭 Kau tengok kat sini, niat kau baik, nak buat dia senang, tapi dalam masa yang sama, bapa kau seorang manusia, dia tak pernah rasa puas. Tapi kau buat kerana ALLAH s.w.t. dalam sekelip mata kau dapat redha dari bapa kau, dan tanpa dihina, dicaci maki lagi😭😭 selepas tu, rezeki aku melimpah ruah😭😭❤️
ALLAH sambut doa aku, walaupun masa tu, aku solat dalam keadaan tak khusyuk macam sebelum ni, masa aku solat, banyak bisikan-bisikan syaitan yang akan kata dekat aku, bapa kau akan hina kau lagi, kau bunuh je la diri, kau tak layak hidup dekat dunia ni, kau ambil je pisau toreh dekat tangan. tak susah pun nak bunuh diri ni. tak pun gantung je tali tu, & kau tolak kerusi & kau da boleh bunuh diri.. worst sangat bisikan tu weyh😭😭 tapi aku solat juga..
Ibu aku pula, bagi aku ayat ni, dia minta aku baca AL-FATIHAH 10 kali lepas solat ataupun sehingga kau rasa lega.. Aku buat, dan akhirnya berkesan dengan diri aku. Dan aku belajar juga benda baru iaitu, MEMAAFKAN DIRI SENDIRI. Setiap hari sebelum tidur, aku akan minta maaf kat diri aku sendiri, sebab aku tak jaga diri aku dengan baik. Ayat yang aku selalu sebut, “aku minta maaf, untuk segala-galanya yang aku sedang menyakiti aku”😭😭
Dalam bilik aku, 24 jam ayat AL-QURAN terpasang non-stop😭😭 aku leka sikit, tanpa zikir dalam hati, syaitan tu datang balik..
Masa treatment ni, setiap kali aku rasa sesuatu, aku akan terjerit-jerit cari ibu aku, minta dia peluk aku kuat-kuat.. Sebab aku akan cakap, ibu aku nak bunuh diri lagi, tolong aku😭😭 Ibu aku, akan peluk aku erat-erat sambil dia bagi kata-kata semangat.
“Depression ni datang dari pelbagai cara, dari pelbagai triggered. Dulu kau seorang yang kuat tak pernah pandai merajuk, walaupun kena hentam macam mana, especially dengan orang kau sayang. Tapi, sekarang kau pandai merajuk, menangis tanpa disekat-sekat.. Kadang-kadang aku rasa bersyukur dengan perasaan baru, y ALLAH hadirkan, yang sebelum ni aku tak pernah rasa. Tapi, dalam masa yang sama, aku risau perasaan ni menyusahkan orang sekeliling aku.”
mrs.bcc: tolong hormat orang depression, perasaan bagi orang normal, “jika terasa itu biasa” tapi bagi orang depression, terasa itu luar biasa, mereka seorang pejuang yang berjihad kejalan ALLAH untuk tidak pilih membunuh diri😭
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~