Gagagaga, Aku tadi bace paper, ada ke patut org IPOH laa bnyk penjenayah!!. weh kamon laa weh. malas nak mencari penjenayah tuh. alahai.. yg korang nieh asik kena tipu pasai pa?.. tuh laaa sume nye nak MUDAH. kalo nak MUDAH... pergi MUDAH.com.my laa.. tuh pon kadang-kadang ada org kena tipu. kat situ.
Memang le aku cakap camnih sebab aku tak pernah kena.. tapi aku ingatkan dlm dunia nieh tiada yang MUDAH. kita pikiqkan lah bersama. hmm.. lagipon JENAYAH NIEH takde guna pisau .. cuma GUNA MULUT, PEMIKIRAN CREATIF dan KEYBOARD je.. senjata dia KEYBORD.. HENTAK kepala MAMPOS terus...
Mampos dari segi EKONOMI, HARGA DIRI, MASA, dan KELUARGA!. tuh laa pasainya hmm aku kadang2 pon risau gak. PRIVACY2 , DATA-DATA dalam computer nieh. KALO ILANG MENAGIS sambil nyanyi LAGU KPOP "SORY-SORY"-Super Junior.
Ok laa SUMBER SURAT KHABAR UTUSAN MALAYSIA.
IPOH 16 Feb. - Jenayah penipuan internet
mencatatkan jumlah aduan tertinggi melibatkan insiden keselamatan siber
yang dilaporkan di negara ini awal tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Prof. Datuk Husin
Jazri berkata, daripada 954 aduan yang diterima oleh Pusat Bantuan
Cyber999 Januari lepas, 492 daripadanya adalah berbentuk penipuan.
"Angka ini melibatkan kegiatan memancing maklumat pengguna Internet atau phising (346),
penipuan Nigeria (45), penipuan pekerjaan (38), penipuan dalam talian
(28), laman web palsu (19), penipuan pembelian (10), penyamaran (empat)
dan penipuan loteri (dua).
"Selain penipuan, kita juga menerima aduan berupa gangguan siber
melibatkan buli (21), intipan (tiga) serta kenyataan berbentuk seksual
dan perkauman yang masing-masing terdiri daripada satu kes," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sambutan Hari
Internet Lebih Selamat kali ketiga yang julung kalinya diadakan di luar
Lembah Klang di sini hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian
Tinggi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sumber Manusia, Sains
dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Implementation and Coordination Corporation, Prof. Madya Dr. Ahmad Kamil Mahmood.
Dalam pada itu, beliau berkata, peningkatan jenayah siber yang
semakin bertambah adalah didorong oleh perluasan capaian internet pada
masa kini.
Sehubungan itu, katanya, pendidikan dan kesedaran terhadap penggunaan
ICT perlu diterapkan terutamanya buat generasi muda supaya mereka mampu
terhindar daripada ditipu di alam siber.
"Kalau 10 tahun dahulu, ancaman virus sering menjadi masalah kepada pengguna siber, namun kini, ia telah berubah.
"Perbuatan manusia sendiri yang memanipulasikan elemen tamak, tidak
ambil endah, perasaan takut serta percaya seseorang itu terhadap sesuatu
yang diterimanya di internet," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Mohamad Zahir berkata, kadar penembusan
jalur lebar di negeri Perak dijangka mencecah 60 berbanding 52 peratus
ketika ini.
Justeru itu, beliau mengalu-alukan inisiatif sambutan tersebut yang
selari dengan wawasan kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai
sebuah bandar raya digital berlandaskan konsep Securing Digital City.
Sumber dari : Utusan Malaysia Online
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~