Buai laju-laju

By cikwie - Februari 20, 2012

Gagagagga.hari ahad semalam . anak sedara iaitu anak akak aku yang bernama "Mohd Aria" naik buai . kenduri la katekan hmm gambar memang laa takde . malas nak ambik UPLOAD. gagagag. ramai gak org datang. pada mase tuh aku dalam keadaan mengantuk. kerana tak tido lagi pada hari sabtu tuh. ahahah tau laa org mengantuk buat KERJA aku pon dah jadi macam MAKLUK ASING  ha.. ...


hmm cite pasai ASING bukan AH SENG(bukan nama sebenar)  nieh paper ada kuar ari nieh "VISA PAS PELAJAR ASING DIHENTIKAN". memang bagus pon. takde laa nyemak  org ASING sini. agagagga aku pontableh nak comment lanjut pasai pelajar nieh.. kadang2 .. diorang ada yg BETUL belajar di malaysia kadang2.. ada juga segelintir SPISIS nieh memang suke buat pasai.. kat MALAYSIA. yang jadi bodoh.. sume ORG MALAYSIA. camne leh kena tipu tuh!! ahahaha.kemungkinan orang malaysia nieh menang TERKENAL DENGAN SIKAP MEMEBERI,   DUIT , TENAGA, MASA, CINTA, dan lain2 pemurah laa org cakap


nieh pon aku cakap2 saje. Aku tulis je. "MAIN CAKAP" je org tua2 kata takde tindakan langsung. kahkhakah tuh laa terjadi pada masa skrang nieh. main cakap je. (aku serupa je secara tidak langsung)

SHUUUUuuuuUUuuuuuu ....... ahhh sejuk.. pagi isnin yang sejuk ... hujan je nieh.. musim hujan la nieh....


p/s http://cikwie.blogspot.com  "buai laju2 sampai cucur atap. bila sudah maju.hidup jangan jadi ranap" gagaga


baca petikan dibwah sumber dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE

JOHOR BAHRU 19 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.
Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.
"Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut.
"Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan.
Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.
"Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi," katanya.


  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. sengal ye wie..ahahahaha..ko kalau ngantuk mmg masuk ayor..maen tai ti boleh menang wo!

    BalasPadam

Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~