GAgagaga Dengan satu click habis duit aku laa pulak.. kali nih aku beli kasut lak.. (kasut lama dah nak tercabut, walopon aku jarang pakai ) hampeh! hmm.. nieh laa kalo dah register paypal sumenye benda nak beli Dinasihatkan jgn laa register nnti terjebak..
hmm nieh aku oder dari malaysia hmm 2 ari je sampai. Kurier dia pon OK guna GDEX.. ok laa... boleh laa pakai!. ahahahah
Ada macam2 kes brang yg di beli dari internet tak ikot spesifikasi dan kurang senang! ahaha ari nieh ada di harian metro!! Baca di bawah . skrang nieh pon aku akan berhati2 nak membeli brangan dari internet nieh.
rasanya tips aku yg aku pakai
1- Cari barang dengan teliti
2- Cari harga brang yg di beli sehingga korang tak dpt cari harga murah
3- Tgk barang (buatan mana) (ada ke kat malaysia *barang import)
4- Tanye kawan2 ok ke tak
5- Buat reserch barang tersebut
6- Pikiq 10x nak beli ke idak
7- Jangan buat keputusan dengan segera
8- Jangan terpedaya ngan adversting murahan!! ( bace segala *T&C atau " * " <-- bentuk bintang nieh bahaya!
9- Semak Shipping dia Company mana
10-Privacy Polisi <-- kena baca!
11- Barang ELEKTIC, gaget, DINASIHATI ELAK MEMBELI!!!
barang aku dapat hari nieh kasut!!!
EH RASA NAK JUAL KASUT NIEH RM100 nak? leh contek aku!! gagagagag ( tag kasut still ada lagi + kotak + shipping ) gagagaggagagagag SIZE US 9 UK 43.
p/s cikwie : ada org ckp bazir , ada org ckp senang beli, "kasut raya tahun nieh laa saya beli awal" gagagaggaga
------------------------------------------------------------------
ok nieh cerita dari METRO LAK jgn laa kena tipu cam org nieh
tak selidik dengan betui.. GAIRAH sanggat NAK BRANG MURAH!! haizz KAJI DLU.... tak salah mencari.. TELIPON or MAIL.. hmm... TUH LAA tergesa2 ngan advertising!
“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.
Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.
Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.
“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.
“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.
Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.
Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.
Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.
Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.
sumber Harian Metro Online
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~