Jiwa Meragam
By cikwie - Disember 22, 2014
disini aku cuba ucapkan kepadanya,
terserah kelemahannya
disebalik kelemahannya
terserah kesungguhanya
disebalik kesungguhannya
terserah keputusannya
disebalik keputusannya
terserah kedegilannya.
ya katamu,
kosong,
perbuatan mu tidak selari dengan katamu,
katamu itu jugalah aku menyimpan,
katamu juga aku berpegang
katamu juga lah aku menerima jawapan
aku memilih kamu menjadi kawan
kamu juga mengakuinya
aku tidak melupakan
kamu juga mengakuinya
kamu juga tidak mencari
aku juga yang mencari
masaku untuk kamu
itu keputusanku sendiri
masa kamu untuk kamu
itu keputusan kamu sendiri
biarlah aku rasa bergini tebal
kamu berasa nipis dihati
kenapa tidak menyatakan
kesalahan
yang boleh membuat hati kamu menjadi nipis
atau dulunya hati kamu tebal
aku yang membuatkan nipis
berbicara jarang sekali
perbuatan jelas nampak.
aku bukan mengungkit
tentang jiwa di hati
aku memberitahu iklas dihati
bukan tak mengatakan tidak
tidak juga kamu mendengarnya
jika tidak
katakan tidak
beranilah kamu
selamilah jiwa yang nipis itu
aku tahu kamu tak berupaya,
aku tahu bukan caramu
sehingga kini aku merasa kehilangan jiwa
mungkin sekrang kamu rasa kosong.
secara tidak langsung
jiwa sebati
secara tidak langsung
mudah mengerti
kamu tidak perasan
kerana aku juga tahu
perbuatan, emosi sesuatu
aku juga mempunyainya
aku disini bukanlah mengarut
aku cuma mengajar tentang diri aku sendiri
biarlah aku menikmatinya sendiri
janganlah kamu nipiskan lagi
jiwa mu itu.
walaupon senang mendengar ayat di lagu
sekarang aku baru tahu
yang susah untuk dilepaskan
aku akan menikmatinya lagi
selagi aku terdaya menahannya.
berserah sentiasa
kepadaNYA
aku turut terlupa
aku yang meminta kepadaNYA
dan aku merasainya
syukur kepadaNYA
yang Maha Esa.
kekuasaanNYA jelas nyata.
subhanallah,
0 comments
Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~