cba

Protokol Vs Huru Hara

By cikwie - September 29, 2020


(sumber dari google)



 Dulu sebelum masuk dunia korporat, aku la orang yang tak suka ikut rules, walaupun hidup aku selalu dengan rules. bak kate lain nak pakai baju pon ikot tema hari-hari

Pergi mana-mana, walaupun duduk rumah, mama aku la orang paling utama, yang akan bising tentang adab. Adab makan, adab duduk, adab bercakap, semua segala segi dia akan sentuh.. Sampai kadang-kadang rasa penat sebab terlalu ikut sangat adab ni.. paling best pon perencah sup adabi juga yg mengembirakan aku, sebab mama masak sedap.

Tapi akhirnya, Aku terjebak juga dalam dunia korporat.. Well, semua adab & protokol yang diajar dirumah, aku guna sebaik mungkin. cuma adabi je takde.. mereka pakai epetiser... sup lain pakai....

Dan terbiasa orang akan cakap aku polite dari kecil hingga besar dimana-mana. Mungkin sebab aku ni anak guru, da terbiasa hadir majlis formal, salah satu cara aku belajar beramah mesra dengan orang ramai❤️ benda yang paling aku suka dalam hidup😍. lelagi bab habis event iaitu makan...

Terima kasih mama, kerana tidak serik mengajar tentang peradaban ni. Senang aku nak attach dan work di mana-mana sahaja.

Sahabat sahaja yang tahu sisi buruk aku, & unprotocol aku😝 sekali sekala nak juga merasa hidup tak protokol ni.. 


mrs.bcc : "senang cerita adap perlu jaga.. adabi perlu makan"

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~