"FENOMENA pengemis berkeliaran seolah-olah menjadi sesuatu yang sukar dipadamkan daripada pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur dan bandar lain di seluruh negara. Entah di mana silapnya, golongan ini makin bertambah walaupun operasi demi operasi dilakukan pihak berkuasa untuk menangkap mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati. Bagi sesetengah orang, kemunculan pengemis di tepi kaki lima bangunan, di atas jejantas atau peminta sedekah...