Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya
Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan
harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya
Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya
kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus
tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama
manusia.
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu
nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada
ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia
merangkumi asas yang satu, iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan
keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.