Jangan salahkan kantin sekolah kerana anak gemuk

Hidangan sihat di kantin sekolah mulai Mei


"KUALA LUMPUR 21 April - Garis panduan baru berhubung penyediaan hidangan sihat di kantin sekolah yang sedang dikemas kini dijangka dilaksanakan bulan depan bagi membendung masalah kegemukan pelajar.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara perkara dimasukkan dalam garis panduan tersebut adalah kekerapan jualan makanan seperti nasi lemak dan mi goreng di kantin dalam seminggu.

Menurut beliau, ia turut mewajibkan penjaja di luar pagar sekolah mematuhi garis panduan yang melarang penjualan beberapa makanan termasuk asam, jeruk, minuman berkarbonat serta minuman dan makanan manis.

"Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pelajaran kini di peringkat menyediakan draf dan sebanyak 70 jenis makanan disenaraikan untuk hidangan di kantin dalam pelaksanaan garis panduan baru itu.

"Ketika ini sudah ada garis panduan dan senarai makanan yang boleh dijual di kantin sekolah, tetapi bagi memastikan ia mengikut peredaran masa dan keadaan, garis panduan tersebut perlu dikemas kini.

"Kita sedang menunggu pengesahan Kementerian Pelajaran dan mungkin ia dapat dilaksanakan bulan depan. Kegagalan pengusaha kantin mengikuti garis panduan itu akan dikenakan tindakan termasuk ditamatkan kontrak," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah bagi peringkat kebangsaan di Subang Jaya dekat sini hari ini.

Jelasnya, garis panduan baru itu antara lain bertujuan memupuk sikap pelajar dan murid sekolah supaya memilih makanan berkhasiat.

Tambah beliau, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kebanyakan kanak-kanak menggemari makanan kurang berkhasiat seperti nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam serta makanan segera iaitu burger (34.4 peratus), ayam goreng (26.5 peratus) serta piza.

"Kajian juga mendapati berlaku peningkatan masalah obesiti bagi murid sekolah rendah iaitu daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal," katanya.

Beliau juga memberitahu, kajian UKM turut menunjukkan hanya 70 peratus murid sekolah rendah mengambil sarapan setiap hari dan 10 peratus langsung tidak pernah mengambilnya.

Beliau berharap Kementerian Pelajaran menempatkan Pegawai Zat Makanan di kementerian itu bagi meningkatkan pemakanan sihat di sekolah."

Original post: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri


"Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pelajaran kini di peringkat menyediakan draf dan sebanyak 70 jenis makanan disenaraikan untuk hidangan di kantin dalam pelaksanaan garis panduan baru itu."

Murah? Senang Di dapati? Pelajar mampu beli? - buleh meniaga takut tak terbeli pelajar2 bila berada di kantin sekolh.. berape duit derang belanja skolah? ibubapa mampu ke? bayar anak min RM3.00 ? kalo sorang takpe kalo ramai? hmm.. kdang2 peniaga seperti aku pon ada jugak rasa kesian jugak.. aku bukan nak menekan pelajar2

Lagipon kdang2 cakap memang senang.. Skrang nieh pon harga barang suma naik (takpe naik that mean taraf kehidupan di malaysia sudah meningkat)

Persoalan yg timbul "makanan kesihatan memang banyk di dapati di malaysia nieh yg menjadi kebinggungan.. brang tersebut dah tentunya quality semestinya mahal"


Ok laa kalo taknak berbelanja lebih kepda anak-anak bersekolah.. "ibu bapa bawak bekal dari rumah" - ada ke zaman sekarang nieh aku tak nampak pon ada laa 30 org ada 1 orang je yg bwak.. tuh pon bukan makanan kesihatan..."NASI LEMAK MAK BUAT JUGAK DI BAWA BEKAL"


Tapi nak di ikotkan di sini..macam lah kantin skolah buat anak mereka gemuk (obisiti) bukan ke sume nya dari rumah.. camne pelajar2 terbentuk.. dan cara pemakanan di rumah? kalau pelajar itu dah dipupuk membeli "seandaikata diorang tahu sume tahap2 kolesterol dlam makanan sure laa diorang takkan beli "

Roti yg kaya proten pon kalo jual budak2 tak makan... ( ape maksud dia?) maknanya makanan tuh bukan laa tak sedap tapi .. kalo tak di pupuk dari rumah sure laa.. makanan seperti manisan or ape2 saja yg tak pernah makan di rumah sure menjadi makanan harian di sekolah.. -

1- "kalo mak bapak ari2 kasi makan nasi lemak kat umah.. sure budak2 kat kantin tak beli nasi lemak" -"NASI LEMAK LAGI.... katanya budak2 skolah "ari2 mak buat nasi lemak.. nak rasa lak menda lain kat kantin nieh"

2- "Ari2 mak bapak hidangkan air berkabonat " dah tentu budak2 skolah tak beli air tuh sbb dah buhsan"


Aku mase sekolah makan nasi lemak ari2... sume nye nak lebih.. tak obisity. kadang2 makan macam2 kalo bersenam ok je....

nampak mak bapak bwak anak ari2 pi bersenam? ada memang ada.. tapi keluarga yg aku nampak sume nye berada -

p/s :http://cikwie.blogspot.com say: tepuk dada sakit dada


Original post: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

1 Kritik la!:

  1. Emira Darmia berkata...:

    hahaha..sabo wie..sabo..fiqqie obes sbb suka makan kfc suke tgk kartun dan senam jari maen ps dan computer..hahaha....

Catat Ulasan

Thank You For Your Comments Feel Free To visit Again~